La Galigo di Gorontalo

Lagenda Sawerigading dan kembarnya, Rawe, adalah berkait rapat dengan pembangunan beberapa negeri di kawasan ini. Mengikut lagenda dari kawasan ini, Sarigade, putera Raja Luwu’ dari negeri Bugis melawat kembarnya yang telah hidup berasingan dengan ibubapanya. Sarigade datang dengan beberapa armada dan melabuh di tanjung Bayolamilate yang terletak di negeri Padengo. Sarigade mendapat tahu bahawa kembarnya telah berkahwin dengan raja negeri itu iaitu Hulontalangi. Maka, beliau bersama-sama dengan kekanda iparnya bersetuju untuk menyerang beberapa negeri sekitar Teluk Tomini dan membahagikan kawasan-kawasan itu. Serigade memimpin tentera berkeris manakala Hulontalangi memimpin terntera yang menggunakan kelewang. Setelah itu, Sarigade berangkat ke Cina untuk mencari seorang gadis yang cantik dikatakan mirip dengan saudara kembarnya. Setelah berjumpa, beliau terus berkahwin dengannya.

Terdapat juga kisah lain yang menceritakan tentang pertemuan Sawerigading dengan Rawe. Suatu hari, Raja Matoladula terlihat seorang gadis asing di rumah Wadibuhu, pemerintah Padengo. Matoladula kemudiannya berkahwin dengan gadis itu dan akhirnya meneyedari bahawa gadis itu adalh Rawe dari kerajaan Bugis Luwu’. Rawe kemudiannya menggelar Matoladula denhan gelaran Lasandenpapang.

Semoga Bermanfaat


Muhammad Iqbal M

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © 2012 Alvaro AlanoTemplate by : Bugis777Powered by Blogger